Friday 12 August 2011

Kedai Kami

Gambar kedai Kami..
Signage Sementara

     Gambar Kedai dari Depan

Gambar dalam Kedai

Display Rack untuk Baju dan Stationaries

Rack Baju Contoh

Wednesday 3 August 2011

Pengenalan kepada Percetakan dan rekacipta

Assalamualaikum wbt.
Sebagai mengisi, mewarnakan dan seterusnya menghidupkan blog ini, suka kami untuk berkongsi pendapat kami berkenaan dengan industri percetakan dan rekacipta ( Printing Industry and Design).r
Saya menceburi industry ini tanpa pengetahuan yang mendalam, jadi mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman dan idea tentang industry ini. Cerita ini bermula dengan persoalan-persoalan umum yang kita harus jawab.

APA itu Industri Percetakan dan rekacipta??
what is printing and Design??
APA yang Terlibat dengan Industri ini??
What involve with this printing Industry?
Persoalan Di atas membuka kepada jawapan dan penerangan kenapa terlibat dengan industri ini. Menjawab juga seolah di atas ialah mengetahui keluasan lapangan bidang ini dan pemain-pemainnya serta aksesori-aksesori yang lain. Lantas ia menjadikan bidang ini sesuatu yang menarik untuk diterokai dan dijadikan sumber pendapatan, hobi , minat, kreativiti dan inovasi serta satu alternatif kepada anak muda untuk tidak bergantung kepada kehidupan makan gaji. Lantas menjurus kepada kebebasan beramal dan bertindak. Paling Penting, ia memberi kekuatan kepada seorang MUSLIM untuk merealisasikan IMAN dan AQIDAH secara mutlak dengan melihat sendiri betapa luasnya rezeki yang ALLAH lapangkan untuk makhluknya, tinggal lagi hanya perlu berusaha dan meneroka untuk mencari rahsia dan mendapatkan kelebihannya.

WHAT IS PRINTING AND DESIGN??
Print and Design (cetak dan rekacipta) ialah satu industri yang berkembang pesat dengan tamadun Manusia. Tamadun dan Sejarah tak akan dapat diketahui tanpa catatan , bahan cetak, alat cetak dan dalam bentuk yang mudah diwarisi dari generasi ke generasi. tamadun ISLAM, Quran dan Sunnah berkembang dengan berkembangnya penulisan kitab. Kebangkitan eropah di Zaman Renaissance dan Revolusi perancis abad ke 18, revolusi industri industri di Britain, semuanya berhubung rapat dengan percetakan kerana percetakan menyebarkan IDEA, ILMU serta manifestasi pemikiran ke seluruh pelusuk alam bagi orang yang berakal dan tahu membaca.
Dan itu sinopsis cetak dan rekacipta dari segi pembangunan dan sumbangan kepada TAMADUN UMAT Manusia.

WHAT INVOLVE IN THIS INDUSTRY??

Menjawab Soalan ini.. membawa kita kepada penggunaan industri ini pada masa kini dan meneroka luas bidang ini sebagai sebuah lapangan yang terbaik untuk diceburi dan dihiasi dengan idea-idea dan INOVASI-INOVASI baru. Suka saya menjelaskan bahagian ini mengikut jadual atau dalam bentuk peta minda..


Dan kita sambung bicara di lain posting seterusnya.....